Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 25 April 2015

Blog ummieRania....: Kenangan Terindah Bersamamu Kak Laila....

Blog ummieRania....: Kenangan Terindah Bersamamu Kak Laila....: Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memut...

Raisha Rania








Kenangan Terindah Bersamamu Kak Laila....













Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.



Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia


Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia


Tarikh : 24 April 2015 ( Jumaat)

Masa : 7.30 pag

Tempa: Foyer SKKPP






 Bunting pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia.



Ucapan perasmian drp Pn Guru Besar



 Murid SKKPP 1 murid 1 buku.



 sebahagian guru SKKPP. Mana 1 Ummi yer?






Majlis Graduasi ummi




Detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka

tangis dan tawa

tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
diantara
lelahnya jiwa dalam resah dan air mata

kupersembahkan yg terindah dalam hidupku......







pra konvo kami... happy nye.



Penerimaan  penganugerahan ijazah sarjana muda perguruan dan Anugerah Kecemerlangan akademik.







Hadiah dan jam tanda kenangan untuk anugerah kecemerlangan akademik.
Syukur Alhamdulillah.haa.. jam tu ummi hadiahkan pada mak sebagai tanda terima kasih kerana melahitkan ummi sehingga berjaya dalam hidup.




Enciksuami yg byk memberi dorongan dan bersabar selama 4 tahun sehingga ummi menggenggam ijazah. Tq sayang.



Emak adalah sumber kekuatan ummi. Tq menjaga Raisha selama ummi belajar. Besar jasa dan pengorbanan emak...








Kikiki....raisha n dania pon ambil berkat bergambar. Ummi harap kalian berdua mengikut jejak langkah ummi n lebih berjaya daripafa ummi...Amin





Ha..anak ummi pon bergambar sekali...tertonggeng2 posing ikot aunty2 yg havoc tu....kikikiki.

tgk pic bawah ni
Penat raisha tunggu ummi n aunty berposing.....


Ummi nak raisha tau... ini hadiah daripada ummi untuk raisha.maafkan ummi kerana menjadi pencuri masa hidup raisha selama ummi belajar.. sorry anakku.













Program Guru Penyayang SKKPP 2015


23 April 2015 ( Khamis) yg lalu majlis pelancaran Guru Penyayang diadakan di SKKPP.majlis yang simple tapi bermakna utk memupuk nilai  kasih sayang antara guru dan murid.

 ummi tak  der dalam gambar sebab ummi yang snap gambar ni...


 Bunting majlis pelancaran Guru Penyayang.



Ha..tengok tu ustazah ziana sempat berposing ...mmg ade talent guru penyayang.



Guru penyayang yang bertuah sambut birthday pada bulan pelancaran Guru Penyayang.




Penyampaian hadiah dan cup cake kepada murid  SKKPP yang lahir di bulan pelancaran Guru Penyayang.




Penyematan button batch guru penyayang kepada Cik CT guru B&K



Cenderahati untuk murid daripada unit B& K SKKPP.


 

Jumaat, 24 April 2015

Taska untuk Raisha Rania


Rupa2 rupanya susah juga nak cari tadika  n taska yang sesuai  thn depan  sesi 2016 untuk pembelajaran Raisha Rania 
 permata hati ummi ni.


Dalam short list da ade a few tadika.  antaranya:

Pasti meru raya.
 fasiliti dari luar ok.  sebab kawasan baru.
Ummi n abah tanyer ustazah
 yuran pendaftaran dalam rm 500++
  tadika + day care sebulan rm 280++.




Tadika ke dua ummi n abah servey  ialah  tadika
Little caliphyuran pendaftaran rm 1700+

Yuran untuk
tadika + day care sebulan RM 380++




Smart reader.
Tadika ni ok. Ummi search internet pasal smart reader ni hanye sesi separuh hari jer

takder day care. Tapi tak tau la... sbb ummi n abah blom betol2 pergi tanyer teacher d smart reader tu




Tadika Genius Aulad sebenarnya takder dalam list walaupun ummi mcm nak ank ummi  sekolah tadika d sini.sbb  awal2 ummi search internet cuma ada tadika sahaja...so reject. Tp ntah mcmaner ummi n abah tergerak hati pula nak singgah bertanya teacher di GA...Owh rupa2nya ada sesi petang tapi tak panggil day care sebab  mereka belajar  bukan duduk2 lepak sambil tunggu parents ambil. Kata teacher d GA majoriti anak2 cikgu yang ramai.

Yuran pendaftaran RM 1100++
bulanan:
  Tadika+ sesi pembelajaran petang RM458





Dalam masa terdekat ni ummi n abah kena daftar tadika raisha utk sesi 2016 sbb takut full pulak. Mmg yuran tadika sekarang agk mahal. Harap2 hasil pembelajaran yg diberi  berbaloi dgn nilai yg d keluarkan oleh parents. Dan yang paling2 penting bukan berlagak yer nak ank tadika di tadika yang mahal. Tapi setiap ibu bapa pasti  ada keinginan memberi yg terbaik utk anak2.... ape pun ikut  kemampuan poket masing2 la yer. Sebab yg "mahal tak semestinya terbaik dan yang terbaik tak semestinya mahal".